Chemical Company of Malaysia

Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM; MYX: 2879) ialah sebuah syarikat kimia Malaysia yang bergiat aktif dalam pembuatan dan pemasaran produk dan perkhidmatan baja, bahan kimia dan farmaseutikal.[2]Segmennya merangkumi Farmaseutikal (pembuatan dan pemasaran produk farmaseutikal dan penjagaan kesihatan), Bahan Kimia (pembuatan dan pemasaran produk klor-alkali dan koagulan, bahan kimia perindustrian dan khusus, dan lapisan polimer) dan Baja (pembuatan dan pemasaran baja). Operasinya yang lain berkaitan dengan penyewaan harta tanah pelaburan. Ia menghasilkan lebih dari 200 produk generik, termasuk ubat-ubatan, seperti Omesec dan Vascor, dan juga sekitar 20 jenama ubat bebas. CCM menawarkan produk di bidang terapi onkologi, biosimilar dan vaksin.[3]

Chemical Company of Malaysia

Industri Kimia, farmaseutikal
Jumlah aset RM326.73 juta (2018)[1]
Bilangan pekerja 1612 (2019)
Anak syarikat
  • CCM Duopharma
  • CCM Pharma
  • CCM Chemicals Division
  • CCM Investments
  • CCM Fertilizers
Induk Permodalan Nasional Berhad
Perancang utama
  • Nik Fazila Nik Shihabuddin (Pengarah Urusan)
  • Mukri Harun (Ketua Pegawai Eksekutif)
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Laman sesawang www.ccmberhad.com
Keluaran Polimer, baja, ubat-ubatan
Ditubuhkan 1963; 57 tahun yang lalu (1963)